


Story of The Daddy Blogger
30 Sep 2018
Sentai SS2 Petaling Jaya Ada Pelbagai Produk Dan Peralatan F&B
Normal lelaki atau para suami tak suka ke kedai menjual peralatan dapur. Kalau terpaksa pergi pun, mungkin sekejap sahaja. Cari apa yang patut, pilih, bayar dan terus pulang.
Betul tak?
Akulah salah seorang daripada mereka itu. Memang terasa rimas apabila menemani isteri ke kedai peralatan sebegini.
Tetapi, lain pula apabila aku ke outlet Sentai di SS2 Petaling Jaya. Outlet ini menawarkan pelbagai barangan peralatan dan perkakasan keperluan memasak di dapur, restoran mahu pun untuk kerja-kerja katering.
Outlet Sentai SS2 Petaling Jaya ini terletak di sebuah bangunan 2 tingkat. Dua dua tingkat ada dipamerkan pelbagai item dengan jenis dan jenama berbeza. Antara item yang ditawarkan di sini adalah tableware, barware, glassware, kitchenware, mesin pemprosesan makanan , oven, buffetware, pisau dan sebagainya.